Home Artikel PAS Kelantan

Assabiqun elak veteran dipancing parti lain

280 views
SHARE

SAYAP baru PAS, Assabiqun antara lain mendekatkan golongan veteran bersama gerak kerja parti itu secara berterusan.

Melalui gerak kerja tersebut setidak tidaknya dapat menghalang ahli PAS yang sudah tidak aktif lagi terus istiqamah dengan perjuangan.

Pengerusi Assabiqun Pusat, Subky Abdul Latif berkata, peranan badan itu antara lain dapat mengelak ahli yang veteran dipancing pihak lain.

Katanya jangan kerana tidak ada lagi jawatan menyebabkan kita rasa terpinggir dan hina.

“Mungkinlah ada perasaan rasa terpencil setelah tidak lagi memegang jawatan dalam parti.

“Bagi orang muda yang menerajui parti sekarang jengok jengoklah golongan assabiqun bagi mendekatkan mereka dengan arus perjuangan,” katanya pada pelancaran Assabiqun Negeri Kelantan di Putik hari ini.

Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama Pengerusi Assabiqun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub dan wakil-wakil rakyat.

Pada program itu anugerah disampaikan kepada tokoh assabiqun peringkat negeri dan kawasan bagi kategori muslimin dan muslimat.

Anugerah peringkat negeri diterima bekas Timbalan Menteri Besar, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan bekas Bendahari Muslimat Negeri, Wan Fatimah Hussin. – HARAKAHDAILY 30/12/2017