Home Artikel PAS Perak

Berita PAS Perak I As-Sabiqun Perak : Kombinasi Peranan Semua Lapisan

56 views
SHARE

GOPENG : As-Sabiqun Perak telah dilancarkan oleh Pengerusi As-Sabiqun PAS Malaysia, Haji Subky Abdul Latif di Wisma Purnama PAS Gopeng, 28 Januari lalu.

Peranan As-Sabiqun membuka ruang kepada ahli-ahli PAS yang berpengalaman serta pernah menerajui PAS di setiap peringkat berumur 50 tahun ke atas.

Sambutan ketika pelancaran tersebut membuktikan PAS Perak tidak ketandusan tenaga veteren PAS bahkan sokongan daripada mereka dengan menghadiri program-program yang disusun.

As-Sabiqun PAS Malaysia telah dirasmikan di Kolej Universiti Zulkifli Muhammad, Taman Melewar sempena Konvensyen Sekretariat PAS Pusat.