Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ameerah Sambut Baik Cadangan Pramugari Dibenar Pakai Tudung

206 views
SHARE

Ameerah Sambut Baik Cadangan Pramugari Dibenar Pakai Tudung 

1.Ameerah Malaysia dengan ini menyambut baik cadangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan untuk membenarkan pemakaian tudung di kalangan pramugari Malaysia Airlines System (MAS) dan juga syarikat penerbangan yang lain.

2. Kebenaran bertudung juga diharap selari dengan kebenaran untuk beruniform kerja yang lebih sopan dan menutup aurat.

3. Ameerah mencadangkan pihak Kesatuan Kebangsaan Anak Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) dan Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan mengambil jalan tengah terhadap masalah ini. Seharusnya perkara ini telah lama diperhalusi dan diambilkira memandangkan ramai wanita muslim Malaysia yang bekerja dalam sektor penerbangan, khususnya sebagai pramugari.

4. Kerajaan seharusnya serius terhadap perkara ini. Ini adalah kerana pemakaian tudung merupakan hak beragama bagi semua wanita muslim di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

5. Jika dilihat dari sudut pelancongan, pakaian yang ditonjolkan oleh pramugari sebuah syarikat penerbangan merupakan tanggapan pertama bagi sebuah negara. Ia juga menggambarkan sejauh mana negara itu mendokong keabsahan undang-undang dan cara hidup muslim.

6. Ameerah juga menggesa pihak kerajaan menguatkuasakan hak kebebasan mengamalkan agama antaranya kebebebasan berpakaian mengikut fahaman agama masing-masing sebagaimana yg termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana pakaian juga merupakan hak dalam kebebasan agama. Adalah suatu yang memalukan di dalam sebuah negara yang majoriti muslim, satu demi satu persatuan pekerja terpaksa membincangkan hak pemakaian tudung. Bermula dengan pekerja hotel, dan kini, syarikat penerbangan pula.

7. Seharusnya, tidak ada seorang pun pekerja di Malaysia perlu menanggalkan tudung, mahupun meninggalkan solat atas alasan tidak dibenarkan majikan.

8. Sebarang bentuk larangan bertudung atau berpakaian mengikut peraturan agama mencerminkan sikap diskriminasi agama. Sikap ini tidak wajar ada pada negara majoriti Muslim yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi.

Sejahtera Bersama Islam

Husna Hashim,
Pengarah AMEERAH Malaysia

27 November 2017
8 Rabiul Awal 1439H

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Jemput Subscribe Media Rasmi Kami :

? Subscribe Messenger Gram
? https://telegram.me/AmeerahMalaysia
? @AmeerahMalaysia
? Like Twitter Ameerah Malaysia
? https://www.twitter.com/AmeerahMalaysia
? Like Facebook Ameerah Fan Club
? https://www.facebook.com/AmeerahMalaysia
? Follow Instagram Ameerah Fan Club
? https://www.instagram.com/Ameerah_Malaysia_Official