Home Artikel PAS Selangor

Aktiviti Ziarah Bina Persepsi Positif Rakyat Terhadap PAS

41 views
SHARE

Oleh: Wan Noor Aziezan

BANGI – Sikap prihatin PAS terhadap kebajikan rakyat diteruskan melalui siri ziarah asnaf bagi pengundi yang berada di Bangi.

Aktiviti ziarah anjuran PAS Cawangan Teras Jernang ini telah bertemu dengan 5 buah keluarga yang tinggal di kawasan Teras Jernang.

Mereka yang diziarahi merupakan golongan kurang berkemampuan dan mempunyai ramai tanggungan.

Aktiviti ziarah yang konsisten telah menyebabkan ramai rakyat menerima PAS sebagai sebuah parti yang menjaga kebajikan rakyat dan rata-rata mereka menyatakan kesediaan untuk memberi mandat kepada PAS dalam PRU-14 akan datang.