Home Artikel PAS Sarawak

Aidiladha : PAS Petra Jaya Rai Bersama Penduduk

55 views
SHARE

Kuching: PAS Kawasan Petra Jaya buat sekian kali berjaya menganjurkan majlis korban sempena Aidiladha hari ini. Majlis yang diadakan di Kampung Gita Lama tersebut berlangsung dengan penuh semangat muhibbah antara para petugas PAS dan penduduk.

Majlis korban dan jamuan raya anjuran PAS Kawasan Petra Jaya ini, mendapat sambutan yang sangat memberansangkan daripada penduduk tempatan. Acara tersebut telah menjadi program tahunan PAS Kawasan Petra Jaya yang mana Kampung Gita Lama menjadi lokasi pilihan tahun ini.

Menurut seorang wakil penduduk yang ditemuramah, beliau berasa sungguh terharu dan berbesar hati dengan kehadiran petugas PAS di kampung mereka serta berharap program seperti ini dapat diteruskan pada tahun akan datang.

YDP PAS Kawasan Petra Jaya, Morshidi Hasan ketika ditemubual berkata, beliau amat berterima kasih kepada semua petugas atas komitmen yang telah diberikan. Pada masa yang sama beliau turut menyatakan penghargaan yang penuh kepada seluruh penduduk kampung terutamanya tuan rumah kerana sudi membenarkan rumahnya dijadikan tapak program ibadah korban pada tahun ini, katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya, Habsah Bujang dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Petra Jaya Farhan Baharuddin yang turut sama membanting tulang dalam menjayakan program berkenaan selain mengagihkan daging korban kepada penduduk sekitar.

PAS Kawasan Petra Jaya seterusnya menyeru dan mengajak umat Islam meraikan hari kebesaran itu dengan penuh rasa kesyukuran dan keimanan, selain mengukuhkan tali silaturrahim agar dapat melahirkan satu ummah yang berjaya di dunia dan akhirat.

 

{jathumbnail off}