Home Artikel PAS Selangor

Aidiladha, Medan Rapat Ukhuwah

24 views
SHARE

Oleh: AISYAH YAMIN

BANGI, 11 September 2017 – “Sempena ibadah korban pada tahun 2017 ini, PAS Serdang mengambil langkah untuk menjalinkan kerjasama dengan masyarakat setempat bagi menyempurnakan ibadah qurban sepertimana yang dituntut oleh Islam” Ujar ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah dalam Majlis Qurban Perdana PAS Serdang di Pejabat PAS Serdang Seksyen7 Bandar Baru Bangi yang lepas.

Program yang dirangka untuk membantu golongan memerlukan ini telah disambut baik oleh masyarakat setempat.

Agihan daging qurban telah dibuat kepada rakyat kurang berkemampuan yang tinggal disekitar Parlimen ini.

“Kami berusaha memberi perhatian kepada seluruh lapisan masyarakat. Yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal dan anak yatim akan cuba dibantu.

Program seperti ini medan terbaik mengenal masyarakat sekitar kita.” Tambah ADUN Bangi.

Program Qurban Perdana kali ini merupakan anjuran bersama AJK PAS Serdang, Dewan Muslimat PAS Serdang, Pusat Khidmat Masyarakat Serdang, Jabatan Amal Serdang dan NGO- NGO sekitar Parlimen Sedang.

Turut hadir Ketua Muslimat PAS Serdang, Puan Hamsatul Hamzah bagi membantu mengagihkan daging qurban kepada ibu-ibu tunggal yang layak sepertimana yang telah dikenalpasti.

Kesemua penerima melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut.