Home Artikel PAS Johor

Adun Puteri Wangsa Dekati Penduduk Flat Desa Mutiara

21 views
SHARE

Kangkar Tebrau, 25 Ogos 2017-Pemimpin dan rakyat berpisah tiada. Ia dapat digambarkan mengenai wakil rakyat yang disenangi dan disegani semua lapisan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Pelbagai aktiviti dan program dilaksanakan bagi memastikan rakyat merasai kebersamaan dengan pemimpin PAS melalui agenda Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

Begitu juga pendekatan yang diambil oleh Yang Berhormat Ustaz Abdullah Husin yang tidak kekok duduk sama rendah berdiri sama tinggi bersama penduduk Flat Desa Mutiara dalam satu program Santai Mesra Bersama Ustaz Abdullah Husin selaku Adun Puteri Wangsa dengan kerjasama Pas Cawangan Kangkar Tebrau pada 19 Ogos yang lalu.

Bertempat di Warung R&Z Enterprise Flat Desa Mutiara, seramai hampir 80 orang penduduk turut hadir bersama bersarapan, berdialog bersama YB, dan juga bertukar-tukar maklumat berkaitan permasalahan yang dialami mereka. Setiap permasalahan direkod untuk tujuan rujukan agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil nanti.