Home Artikel PAS Selangor

ADUN Bangi Dekati Rakyat Dengan Kenduri Sekampung

239 views
SHARE

BANGI – Majlis Kenduri Sekampung yang diadakan di kampung bahagia, bangi menjadi medium merapatkan silaturrahim antara penduduk setempat.

Majlis anjuran bersama pejabat ADUN Bangi dan JKKK Kampung Bahagia ini telah diadakan bersempena perasmian surau baru Surau Al-Hamidiah Kampung Bahagia, Bangi.

Surau baru ini telah dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Hulu Langat YDH Tuan Abdul Jalil Bin Dato’ Abd Rani dan dihadiri seramai lebih 400 orang untuk memeriahkan majlis.

Majlis bermula dengan aktiviti gotong royong memotong daging 2 ekor lembu dan rewang memasak.

Turut serta majlis ini adalah anggota Jabaaan AMAL yang angota membantu memotong , memasak dan mengawal lalu lintas.

Selain itu, ADUN Bangi YB Ustaz Shafie Ngah bersama kepimpinan setempat dan Jabatan Amal turut mengedarkan bungkusan daging mentah dari rumah ke rumah.

Aktiviti ini merupakan medan terbaik untuk ADUN Bangi merapatkan ukhuwah dan berkenalan dengan masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, taklimat situasi semasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Kenduri sekampung ini pernah diadakan 2 tahun lepas oleh ADUN Bangi dan ia telah diadakan kembali bagi mengeratkan persaudaraan sesama rakyat.