Home Artikel PAS Perak

Ahli Parlimen PAS I 3000 Orang Pelajar Bukit Gantang Dibantu Wakil Rakyat PAS 

74 views
SHARE

3000 Orang Pelajar Bukit Gantang Dibantu Wakil Rakyat PAS 

BUKIT GANTANG : Sempena musim persekolahan yang bakal menjelang tiba, PAS Kawasan Bukit Gantang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen telah mengambil inisiatif mengadakan program ‘Back To School’, sebuah program yang dibuat khusus untuk memberi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Program kali keempat sejak tahun 2014 menyasarkan penerima daripada keluarga miskin dan kurang bernasib baik .

Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad menyerahkan sumbangan beg sekolah kepada murid dan pelajar mengikut DUN dalam Parlimen Bukit Gantang yang bermula sejak 14 Disember yang lalu dan berakhir pada 28 Disember baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan diadakan secara berperingkat di 26 lokasi berlainan di kawasan DUN Changkat Jering , diikuti DUN Kuala Sepetang dan kemudiannya DUN Trong.

Dalam ucapannya, Ustaz Idris berkata , walaupun sumbangan yang diberikan tidak besar namun diharap mampu membantu keluarga berpendapatan rendah melengkapkan persiapan sekolah anak mereka pada tahun depan.

“Dengan sumbangan ini kita harap dapat memberi sedikit keceriaan kepada pelajar untuk memulakan sesi persekolahan baharu di samping meringankan beban ibu bapa,’’ katanya.

Kira-kira 3,000 murid dan pelajar tanpa mengira latar belakang politik dan kaum telah menerima sumbangan beg sekolah .

Peruntukan diperolehi melalui sumbangan peribadi dan ahli keluarga , para dermawan dalam dan luar negara serta ahli-ahli PAS sendiri.

Pada masa yang sama, beliau meminta ibu bapa yang menerima bantuan ini menekankan aspek pendidikan kepada anak-anak agar dapat meningkatkan taraf hidup pada masa akan datang.

Sambutan yang diterima agak menggalakan oleh semua ibu bapa dan murid yang disasarkan hadir bagi menerima sumbangan melaui program ini.

Hadir sama dalam program ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS , Tuan Haji Zainuddin Hamzah , pimpinan kawasan , pemuda dan muslimat.