Home Kenyataan Media PAS Kelantan

100 usahawan berpengaruh di Kelantan

851 views
SHARE

KERAJAAN negeri bersama Dewan Usahawan Kelantan (Duke) akan mengumumkan 100 usahawan yang paling berpengaruh di negeri itu pada Februari depan.

Presiden Duke, Zaki Zakaria berkata, inisiatif itu turut mendapat sokongan kerajaan negeri khususnya Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan.

“Kita sangat menggalakkan anak muda agar menceburi bidang keusahawanan dengan sokongan yang ditunjukkan anggota Exco, Dato’ Abdul Fattah Mahmood bagi menjayakan program tersebut di Kelantan.

“Pada Februari depan kita akan mengumumkan 100 usahawan paling berpengaruh, bukan sahaja di Kelantan sahaja malah seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Seminar Marketing Luar Biasa dan Anugerah Harapan Usahawan di Dewan Besar Duyong Perdana Resort, Kota Bharu, hari ini.

Pada majlis yang dianjurkan bersama Majalah Niaga, PKINK dan Air Kelantan Sdn Bhd itu, seramai 10 usahawan menerima Anugerah Harapan Usahawan disampaikan Abdul Fattah. – HARAKAHDAILY 16/12/2017