Home Artikel PAS Terengganu

​Tidak Perlu Tunggu Semboyan Ketiga

621 views
SHARE

DUNGUN- Para Pemuda Parti Islam SeMalaysia(PAS) sepatutnya sudah  mengerakkan kerja-kerja ke arah mencapai kemenangan pilihanraya umum keempat belas tanpa perlu menunggu tiupan  semboyan ketiga.

Ini kerana, tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Tuan Guru Dato Haji Hussein Awang, semboyan pilihanraya telah ditiupkan, sejak dari awal tahun lagi dengan pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Negeri Terengganu dan semboyan terbaharu yang mengegarkan  adalah FASTAQIM 2.0.

“Cukuplah dengan dua semboyan ini, yang mereka mesti bangkit,” ujar beliau di Majlis Dialog sempena Lawatan Pesuruhjaya dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT) ke DUN Rantau Abang pada isnin,9.Oktober di Dewan PASTI Gong Pasir di sini.

Justeru itu, beliau mengingatkan kebangkitan tamadun bangsa adalah semua panji-panji dikibar oleh pemuda bukan sahaja ideologi-ideologi barat bahkan juga dakwah yang dibawa dan dipimpin para rasul juga  pembawa obor kejayaan adalah dikalangan  anak-anak muda seperti Sayidina Ali bin Abi Talib, Jaafar bin Talib,Abdullahbin Abbas  dan Abdullah bin Mas’ud.

“Yang memberi hujah dengan berani secara berdepan tanpa berselindung ialah Jaafar bin Abi Talib,  yang mengetuai rombongan 80 orang  berhijrah ke Habsyah untuk menyelamatkan aqidah, hujah balas dengan golongan kafir dihadapan Raja Najashi, pemerintah Habsyah, “ terang beliau meniup semangat orang muda yang merupakan hampir 70 peratus yang hadir pada malam.tersebut.

Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya  BPPNT, Ustaz Ariffin Deraman, menyatakan kehadiran pemuda hampir 70 peratus yang membanjiri FASTAQIM 2.0, bukanlah menggambarkan gerakerja pilihanraya.

“Memandangkan 50 peratus lebih, hampir 60 peratus pengundi adalah terdiri daripada yang berumur 40 tahun ke bawah, jadi kalau kita nak.menang undi, fokus mestilah lebih kepada orang muda,” jelas ADUN Alur Limbat itu.

Menurutnya, untuk menguasai pengundi muda,Pemuda dan Ameerah perlu membuat pelan tindakan khusus bermula dari sekarang. secara agresif kerana program untuk orang muda masih tidak mencukupi.

“Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pemuda dan Ameerah mestilah boleh menarik orang muda,” ujar beliau lagi.

Majlis dialog itu  juga turut dihadiri ADUN Rantau Abang, Haji Alias Harun dan ADUN Sura, Wan Hapandi Nik.