Home Artikel PAS Selangor

​Kempen Infaq DMPS Untuk PRU-14

21 views
SHARE


BANGI – Bahang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) makin terasa buat semua jentera pilihanraya PAS terutama di Parlimen Serdang

Keinginan untuk mengekalkan kerusi PAS di DUN Bangi dan memperoleh kemenangan di DUN Balakong telah menyuntik semangat jentera PAS Kawasan Serdang menyusun pelbagai strategi bagi memenangi hati rakyat dan menambah dana PRU-14.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Serdang (DMPS) telah mengambil inisiatif melancarkan kempen “RM 10 : komitmen Setiap Ahli DMPS” bagi menambah dana untuk melancarkan kempen pilihanraya akan datang.

Menurut Puan Hamsatul Hamzah, kempen sedemikian adalah salah satu usaha yang diambil DMPS untuk memberitahu ahli PAS Serdang terutama muslimat bahawa gendang pilihanraya semakin hampir untuk dipalu.
“Kempen ini adalah serampang 2 mata sebenarnya. Selain mengutip dana pilihanraya, ia juga bertujuan mengejutkan ahli PAS sekiranya masih ada yang tidak sedar bahawa pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Keputusan yang diambil jentera pilihanraya PAS ini telah membuka ruang kepada semua ahli PAS Serdang untuk menyumbang kepada kemenangan PAS terutama di DUN Bangi” Ujar Ketua Dewan Muslimat PAS Serdang ketika dihubungi.

Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Dewan Muslimat PAS Serdang : 562834611259 dan menghubungi bendahari DMPS , Puan Azwa ditalian 019 3689396