Home Artikel PAS Kedah

​Jualan Amal Inisiatif Bantu Rakyat Kedah

76 views
SHARE

Oleh:  Hanan Abdul Ghani

SIK – Peningkatan kos sara hidup yang tinggi dan bebanan GST yang terpaksa ditanggung rakyat telah mencetuskan semangat kepada Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah untuk mengadakan program kebajikan berbentuk jualan amal kepada rakyat Kedah pada 8 Oktober yang lalu.

Jualan amal yang melibatkan beberapa daerah seperti Sik,  Baling, Kulim, Bandar Baharu, Padang Serai, dan Sungai Petani ini akan dijayakan oleh Dewan Muslimat kawasan masing-masing. 

Jualan pertama telah diadakan di daerah Sik dan dikelolai oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik (DMPKS).

Program jualan amal ini bermula dengan ceramah isu semasa oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah, Ustazah Wan Fatimah Wan Teh di pekan Batu 5, Sik. Beliau telah menyentuh beberapa isu penting terutama GST yang menekan rakyat marhaen.

Pelbagai barangan keperluan asas telah dijual seperti gula, minyak dan beras dengan harga yang sangat berpatutan.  
Program amal sebegini telah mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat apabila lokasi jualan amal telah dipenuhi rakyat walaupun program masih belum bermula.