Home Artikel PAS Sabah

​Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah laksana Program Jelajah Prihatin.

66 views
SHARE

18 November 2017
Oleh Laila Ismail. 

SANDAKAN.  Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Lajnah Dakwah & Jabatan Pilihanraya DMPNS pada 15 sehingga 17 Disember 2017 telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan Program Jelajah Prihatin di daerah Pitas.

Wakil daripada Pas kawasan Pitas, Puan Dauseh Queck iaitu Ketua Muslimat Pas Pitas, turut sama turun ke lokasi menyampaikan sumbangan peralatan persekolahan ” Back To School ” seperti, beg sekolah, buku tulis, pensel, pembaris, pemadam, kotak pensel dan stokin.

Misi kali ini juga turut dimanfaatkan dengan menziarahi 10 buah rumah yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, bapa tunggal, anak yatim piatu dan fakir miskin. 

Beberapa bantuan barangan dapur seperti beras, gula, tepung dan makanan tin dihulurkan bagi meringankan beban kehidupan yang semakin menghimpit. Sempat beberapa penerima mengucapkan syukur dan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh wakil yang datang.


Turut serta dalam misi ini adalah Adam Ahmad, Komanden Zon Sandakan, ahli Jabatan Amal Negeri Sabah dan beberapa orang wakil Muslimat Muda PAS Sabah.